Monday 10 December 2012

BerKawan BiarLah iKhLas..

0 comments

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.
Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.
Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.
Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.
Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.
Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.
Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.
Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

Thursday 8 November 2012

fLying To: My Future

0 comments

Dear my lovely... Thanks because always make me smile. Make me happy if i have a problem, always there besides me, always give advice on me, always give spirit for me when i fall, always be patient with my stubborn attitude, always take care of me and etc. if God created you as my life partner, I will love you with all my heart and I will always there beside you. Hopefully our relationship will get blessed by God. Thanks for everything..!

                                                  

Saturday 3 November 2012

Yang KuTahu Cinta Itu Indah

0 comments


Tak pernah aku membayangkannya

Bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya

Siang hari ku bagaikan malam

Pelangi pun berwana kan gelap
Ini kah yang di namakan patah hati

Tak ingin ku jalani cinta yang begini

Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku

Dan tak ingin ku rasakan

jiwa yang tak tenang
ku mau kau tetap disisiku

Siang hariku bagaikan malam
Pelangi pun berwarnakan gelap

!~ Sweet 365days (01/11/11) ~!

Friday 12 October 2012

BerikanLah aku petunjuk

0 comments

Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindui kehadirannya,
Jangan biarkan hatiku melabuhi hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku,
Serta usirlah dia dari relung hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih daripada-Mu yang tulus murni,
Namun, jika Kau ciptakan dia untuk aku,
Satukanlah hati kami,
Jauhi kami dari segala bala,
Dan perasaan kasih yang takkan pernah hilang,
Kau bukakan lah hati kami agar tiada perasaan ragu dan gusar,
Juga kau tunjukkan lah jalan agar hubungan kami terus diredhai-Mu.


Tuesday 9 October 2012

!~ Kau Harus Tahu ~!

0 comments

Seandainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2. .

Tuesday 14 August 2012

saLam Lebaran

0 comments



Alhamdulillah…hampir sebulan sudah umat Islam berpuasa, rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadhan.. Bagi yang berjaya puasa dengan penuh kesabaran, tahniah diucapkan… aku?? Xtahu la penuh ke x.. hehehe. Sememangnya puasa mendidik dan mengajar kita erti kesabaran dalam hidup, kerana pada ketika inilah kita merasai keperitan orang yang hidup miskin dan tidak berkemampuan.. jika dihitung satu persatu, fadhilat puasa terlalu besar hikmahnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata malah mampu mengawal nafsu yang mudah beraja dihati kita.

Sempena bulan baik dan hari raya yang bakal menjelma, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat kaum keluarga terdekat+tercinta+tersayang, sanak saudara serta rakan taulan yang mengenali saya disini. Jutaan kemaafan dipinta di atas segala salah silap dan tutur bicara. Semoga Allah merahmati kita semua, Insyaallah.. Amin.





Monday 13 August 2012

CintaiLah Cinta SeadaNya

0 comments
Memang menyakitkan ketika kita mencintai seseorang, namun ia tak membalasnya, tetapi yang lebih menyakitkan adalah ketika kita mencintai seseorang dan kita tidak pernah dapat menemukan keberanian untuk mengungkapkan perasaan kita padanya.
Sebuah hal yang menyedihkan dalam hidup ketika kita bertemu dengan seseorang, yang sangat berarti bagi kita, hanya untuk mengetahui pada akhirnya seseorang tersebut tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehingga kita harus dengan berat hati membiarkannya pergi dan berlalu.
Teman terbaik adalah teman dimana ketika kita duduk bersama disebuah ayunan, tanpa ada ucapan sekatapun, dan ketika harus berpisah dengannnya, terasa seolah hal tersebut merupakan percakapan paling menyenangkan yang pernah dilakukan bersama.
Adalah benar bahawa kita takkan pernah tahu apa yang telah kita dapatkan hingga kita kehilangannya. Tetapi adalah benar juga, ketika kita tidak tahu apa yang telah hilang hingga hal tersebut menghampiri kita.
Impikan saja apa yang ingin kita impikan, pergi saja kemanapun kita ingin pergi, jadilah sebagai sosok yang kita inginkan, karena kita hanya memiliki satu buah kehidupan dan satu buah kesempatan untuk dapat melakukan semua hal yang kita inginkan.
Letakkan diri kita sebagai layaknya orang lain, jika kita merasa hal yang kita lakukan akan menyakiti diri kita, hal tersebut mungkin akan menyakiti yang lain pula.
Kata-kata yang terucap tanpa perhitungan mungkin akan menyulitkan perselisihan, perkataan yang kejam dapat menghancur-kan kehidupan, sebuah kata yang tak tepat mungkin juga mampu menambah beban batin seseorang, dan… sebuah kata yang penuh cinta kasih mungkin dapat menyembuhkan dan memberikan berkah.
Orang yang paling bahagia adalah orang yang tidak merasa selalu membutuhkan semua hal terbaik, mereka hanya berfikir bagaimana mencipta semua hal menjadi terbaik bagi mereka, yang berlalu dalam hidupnya.
Cinta dimulai dengan sebuah senyum, kemudian tumbuh dengan sebuah kecupan, dan berakhir dengan air mata. Ketika kita dilahirkan, kita menangis begitu kerasnya, sementara orang-orang disekeliling kita tersenyum bahagia. Ketika kita menanggalkan hidup maka, kita adalah pihak yang tersenyum begitu bahagia… sementara orang disekeliling kita menangis.

Friday 29 June 2012

6 Kelebihan Wanita Mempunyai Rahim

2 comments
1.) Dia bekerja dengan Allah.. jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Thursday 28 June 2012

Assalamualaikum..

2 comments
Hye blogger sume.. sory dh lame xupdates. biase la bz cket ct2 nih. bz? hehehe... ak bz ng blaja kreta. Tggl 2hari je ag nk test ng jpj. Bdebar smpakn t’mmpi. Hahaha.. ntah pape btl ak ni. Bt malu kt org je. J
Sedar xsedar dh sbulan lbih ct, tggl 2mggu je ag nk blik poli. Ala.. xpuas ag ct kt umh ni.. cik, sy nk smbg ct ag 2bulan bley x? Hehe..
Cyg, thanx skype smlm. Dpt jgk lps rndu lau pn kjp je.. ifah xsabar nk jmpa awk. Ilysm n more than everything.. muahh.. <3

Butterfly

0 comments
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Thursday 15 March 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

0 comments

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

dOn't cRy

0 comments
AIR MATA ITU
Jika kamu MENANGIS kerana lelaki ... berhenti dan cuba FIKIR kembali ... Adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang
kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MENYAYANGI kamu sepenuh hati ... terima seadanya CACAT CELA?

Kesat air mata itu ... Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING ... sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI ... Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu ... BERSABARLAH ... berhenti menangis ... berhenti berharap pada yang tidak pasti ...

YAKIN dengan JANJI Allah ... Orang yang baik adalah untuk orang yang
baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK ...

Sunday 4 March 2012

5 Kebaikan Makanan Pedas

0 comments
Makanan pedas bukan saja cili semata-mata tapi macam2 bahan lagi yang boleh membawa kepada rasa pedas, antaranya lada, kunyit dan sebagainya. Namun disebalik kepedasan tersebut ada kebaikannya. Antara kebaiakn yang kita perolehi dari makanan pedas adalah:
1.   Menurunkan berat badan 
Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2.  Menyihatkan jantung 
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3.  Mencegah Kanser 
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4.  Menurunkan Tekanan Darah 
Vi Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5.  Mengurangkan Stress
Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Friday 2 March 2012

aS LoNg aS

0 comments
   As long as you love me 
I'll stay by your side
I'll be your companion
Your friend and your guide

As long as you love me
As long as you care
I'll do anything for you
I'll go anywhere

I'll bring you the sunshine
I'll comfort your tears
I'll gather up rainbows
To chase all your tears

As long as forever
My love will be true
For as long as you love me
I'LL ONLY LOVE YOU


Thursday 1 March 2012

buatMu SaHaBat*

0 comments
Sahabat,
·       Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
·       Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
·       Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
·       Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
·       Namun, jika ia ditakdikan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,
·       Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusuh mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada ALLAHU RABBI. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
·       Kerana apa?
·       Kerana harapan adalah masa hadapan.. kerana harapan adalah sumber kekuatan.
·       Kerana apa?
·       Kerana doa adalah pintu kebaikan.. dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

Sahabat,
·       Tenang-tenangkanlah dirimu.
·       Belajar-belajarlah pasrah dan redha atas segala ketentuanNya.
·       Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
·       Dari ALLAH kita dating, dan kepada ALLAH jualah kita kembali.
·       Sabarlah dengan ujian hidupmu.
·       Kerana akhirat itu yang lebih utama.

Tuesday 14 February 2012

~our memory 5PRA~

1 comments
Cepat betul masa berlalu.. sedar tak sedar dah 3 tahun kita meninggalkan zaman sekolah menengah.. kalaulah boley diundurkan balik, aku nak belajar betul-betul.. hehe.. biasalah, zaman budak-budak dulu tak fikir pun pasal pelajaran. Asyik main-main je.. hehe.. sory ma+abah.. owg janji owg akan belajar bersungguh-sungguh.. owg janji takkan main-main dah.. 

Banyak betul kenangan dengan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu.. kalau diingatkan balik, rasa lucu pulak buat kerja yang ntah apa-apa.. hahaha.. petang-petang keluar lepak dengan nor, anis, sue dekat kedai kakmoh. Sambil-sambil makan mee celup.. cedap tau.. hehehe.. sampaikan kena marah dengan ma+abah sebab tiap-tiap hari keluar dengan balik rumah lewat. Terukkan perangai aku?? Hehe..


 Tengah ciapkan nota pun sempat ag b’gambar.. hehe

Bila dah b’temu dengan kamera..

 ni lah cikgu kesayangan kami.. cikgu prinsip akaun. hehe

aku je yang takde.. :(

hampir-hampir sama tinggi.. hehehe

tengah buat perbarisan ke?? hahaha..

ni geng-geng gangster dalam kelas aku.. hehe..

yang ni cita-cita nak jadi model gambar.. hahaha

sibuk je yang belakang tu.. :)

ingat lagi tak??

selepas dimandikan dengan tepung/kek..

sweet kan?? hehe.. jangan salah faham plak cyg ek.. :)

kawan je ok..!

berebut-rebut nak masuk gambar..

sweet couple

jejaka rebutan mirah dengan ila.. :)

aku minta maaf kalau-kalau apa yang aku post ni korang tak suka.. sory.. ^_^

 

♥ Adeq Ifah Punye Citer ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template