Thursday 15 March 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

0 comments

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

dOn't cRy

0 comments
AIR MATA ITU
Jika kamu MENANGIS kerana lelaki ... berhenti dan cuba FIKIR kembali ... Adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang
kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MENYAYANGI kamu sepenuh hati ... terima seadanya CACAT CELA?

Kesat air mata itu ... Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING ... sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI ... Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu ... BERSABARLAH ... berhenti menangis ... berhenti berharap pada yang tidak pasti ...

YAKIN dengan JANJI Allah ... Orang yang baik adalah untuk orang yang
baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK ...

Sunday 4 March 2012

5 Kebaikan Makanan Pedas

0 comments
Makanan pedas bukan saja cili semata-mata tapi macam2 bahan lagi yang boleh membawa kepada rasa pedas, antaranya lada, kunyit dan sebagainya. Namun disebalik kepedasan tersebut ada kebaikannya. Antara kebaiakn yang kita perolehi dari makanan pedas adalah:
1.   Menurunkan berat badan 
Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2.  Menyihatkan jantung 
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3.  Mencegah Kanser 
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4.  Menurunkan Tekanan Darah 
Vi Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5.  Mengurangkan Stress
Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Friday 2 March 2012

aS LoNg aS

0 comments
   As long as you love me 
I'll stay by your side
I'll be your companion
Your friend and your guide

As long as you love me
As long as you care
I'll do anything for you
I'll go anywhere

I'll bring you the sunshine
I'll comfort your tears
I'll gather up rainbows
To chase all your tears

As long as forever
My love will be true
For as long as you love me
I'LL ONLY LOVE YOU


Thursday 1 March 2012

buatMu SaHaBat*

0 comments
Sahabat,
·       Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
·       Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
·       Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
·       Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
·       Namun, jika ia ditakdikan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,
·       Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusuh mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada ALLAHU RABBI. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
·       Kerana apa?
·       Kerana harapan adalah masa hadapan.. kerana harapan adalah sumber kekuatan.
·       Kerana apa?
·       Kerana doa adalah pintu kebaikan.. dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

Sahabat,
·       Tenang-tenangkanlah dirimu.
·       Belajar-belajarlah pasrah dan redha atas segala ketentuanNya.
·       Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
·       Dari ALLAH kita dating, dan kepada ALLAH jualah kita kembali.
·       Sabarlah dengan ujian hidupmu.
·       Kerana akhirat itu yang lebih utama.
 

♥ Adeq Ifah Punye Citer ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template