Friday 27 January 2012

maafKaN saYa caYaNg ::

0 comments
sayang.....
maafkan saya kalau saya selalu mengecewakan awak.....
maafkan saya selalu membuat awak merasa bersalah dengan kesalahan saya sendiri....
maafkan saya kalau saya selalu sakiti hati awak....
maafkan saya kalau saya xboley memahami dan mengerti awak....
maafkan keegoisanku....
maafkan saya kalau saya xboley membahagiakan awak....
maafkan saya ek sayang.....



saya sedar.. saya selalu susahkan hati awak....
saya begitu egois kn??...
tapi awak harus tahu bahawa saya tersangat sangat menyayangi awak....
saya berjanji akan selalu berusaha untuk membuat awak bahagia bila awak bersama saya...

awak harus tahu sayang...
bahawa saya xboley hidup tanpa awak disisi....
kerana awak yang selalu membuat saya bersemangat untuk menjalani kehidupan ini hanya awak sayang.....

saya ingin hidup bersama awak....
saya ingin menghabiskan sisa hidup saya hanya bersama awak....
xda lagi tempat untuk orang lain di hati ini....
kerana ruang hati saya hanya ada awak sayang....
awak cahaya yang selalu menyinari hidupku ini....
langkah kaki yang dulu xpernah ada hala tujuan untuk berpijak, sekarang bagaikan terhenti saat saya bertemu awak....



saya tersangat sangat bersyukur boley memiliki awak....
awak segalanya buat saya...
xde yang seperti awak....
awak begitu sabar dengan kelakuan/perangai saya....

terima kasih atas kebahagiaan yang awak berikan.....
saya xkan pernah curang dengan awak....
saya akan selalu berada didamping awak sampai akhir hayat.....



I LOVE YOU MYLOVECYG......
SAYA SAYANG AWAK.....

Wednesday 25 January 2012

keNapaa????

0 comments
Awak, kenapa awak xmacam orang lain?? Awak, kenapa awak xcaring macam pasangan couple yang lain?? Awak, kenapa awak macam xkisah je apa yang terjadi antara kita?? Awak, awak dah xsuka saya ke?? Awak tahu x yang saya cedey sangat-sangat dengan sikap awak.. Memang saya xpernah cakap apa yang saya rasa kat awak sebab saya tahu yang awak xkan ambil kisah pun.. Setiap kali saya luahkan mesti awak akan minta maaf dan awak AKAN ulangi perkara yang sama juga.. saya cedey.. L. Awak macam xhargai pun saya dalam hidup awak.. saya tahu saya pun xsempurna macam yang lain, tapi skurang-kurangnya saya akan cuba untuk elakkan daripada buat perkara yang awak xsuka.. tapi awak??hurm… ntahla wak.. mybe sebab saya ni xlayak untuk awak kot.. sebab tu la awak endah dengan xendah je apa yang saya cakapkn.. btl x??

Awak.. awak nak tahu x?? saya harap sangat-sangat yang awak col time saya lewat balas mesej awak dan time saya merajuk, awak pujuk saya sampai saya okey.. saya xkisah apa orang nak cakap yang saya ni minah jiwang ke, minah sewel ke.. yang penting saya happy dengan apa yang saya buat.. tapi kenapa awak macam nak jauhkan diri daripada saya je?? Awak dah ada orang lain dalam hati awak ek.. saya relakan awak ada orang lain asalkan awak jujur dengan saya.. btl.. saya xkisah pn.. Tapi satu je saya nak awak tahu yang saya xsuka orang mainkan perasaan saya..

Awak tahu x yang saya sayangkan awak sangat-sangat??? Tapi kenapa ini yang saya dapat daripada awak?? Awak jaat.. saya bencikan awak..!

Friday 20 January 2012

d'hEaRtY

0 comments

Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com

mY sWeEt hoMe

0 comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Akhirnya sampai jugak kat rumah.. Dah lame kot ak xbalik.. Seingat ak la dah sebulan rase.. em ye kot. Hehe.. biase la manusia cepat lupa. Betul x? hehe.. sampai-sampai rumah je terus masuk bilik dan terus tidur. Penat sangat kot.. perjalanan daripada KT ke Kelantan macam Kelantan ke Kuantan.. hahaha.. adoi la..! balik dengan bas yang ntah pape nye. Tambah-tambah lagi drebar bas xtahu jalan plak, memang hampeh la.. menyesal ak beli tiket aritu tapi nasib baik mYLoVecYg ada bersama ak, lau x ak nangis je dalam bas 2 sorang2.. hehe.

Nak tahu citer x? mase turun sembahyang maghrib kat masjid penarik, semua orang dah tunggu dalam bas, tinggal ak sorang je yang xnaik lagi.. nasib baik xkena tinggal.. haha. Malu kot.. sape xmalu, semua orang tunggu ak.. haha. Dengan kena perli kt ‘dye’ lagi. Wekk.! Xpe-xpe awak perli ifah ek.. kali ni ifah yang kena nanti awak plak yang kena, tunggu je la… haha.

Terima kasih awak sebab balik dengan ifah semalam.. akhirnya boley juga ifah lepaskan rindu kat awak.. dah lame gila kot xjumpa dengan awak. Em dalam 3bulan lebih rasenya.. betul ke x xtahu la.. xingat ekpn.. haha.. awak ingat x lame mane cYg?? lau pun kita duk 1daerah kita xpernah terserempak. Mybe xde jodoh kot.. ape boley buat, em sabar je la.. mybe dugaan dalam perhubungan kami berdua kot.. ak hanya mampu berdoa agar perhubungan kami berkekalan.. amin..

mYLoVecYg,
Telah kukirim selembar surat pada sungai di hatimu,
dengarlah gemersik suaranya ketika angin membacakannya.
Telah kukirim sebuah perahu yang sarat muatan rindu padamu,
debarlah diriku mewakilkan kata-kata tak terucapkan..

mYLoVecYg,
Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan lah aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu..

mYLoVecYg,
awak akan tetap hidup dalam hati ifah,
insyaallah sampai kita bertemu jodoh dengan izin ALLAH,
insyaallah.. amin.

~LOVE U 4 EVER CAYANG~

Muahh..!

Wednesday 18 January 2012

sHariaN M'giLa

4 comments
..asSaLamuaLaikum..
Thank you Anna sebab bawa aku jalan-jalan pusing Bandar dengan pergi Pantai Batu Buruk.. dah lama aku tak pergi sana. Teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke Terengganu dulu.. J
Korang ingat x masa pergi Pantai Batu Buruk dulu?? Ala yang handphone anna jatuh dalam air tu la.. sampaikan air ombak yang hantarkan handphone dye ke darat semula.. hahaha.. memang kelakar gila la.. aku rindu sangat-sangat saat tu.. L
Hari ini dapat tebus balik saat-saat yang dulu.. thank sangat-sangat Anna.. I Love u Anna.. hehe..


Anna+aku+Noly



Anna+aku+Noly+Azra



aku+Noly


Anna+aku
ko tengok apa tu Anna??t’ingat kat jerry ek.. haha

Lau pun Elmiey xde dalam gambar, jangan ingat dye xikut tau.. J



Love U Friends.. thank sebab hadir dalam hidup aku.. tak lupa juga pada mYLoVecYg sebab benarkan aku keluar.. (lau pun awak bagi dengan hati yang xrela)..hehe.

Tuesday 17 January 2012

c0reTaN~

0 comments
HADIAH DI HARI JADI AWAK.

Esok adalah hari jadi si dia.. si lelaki (kekasih) telah merancangkan sesuatu untuk suprisekan teman wanitanya. si jejaka telah berjanji untuk berjumpa teman wanitanya pada keesokan harinya.si jejaka telah plan bersama kawan kawanya untuk mengadakan parti hari jadi teman wanitanya..

keesokan harinya, si jejaka menelefon kekasihnya..

L : halo sayang, sy nak bagi tahu tak dapat jumpa awak lah harini, sorry.
p : ape? kan dah janji? kenapa pulak! (nada marah)
L : sy ade keje la sayang, saye janji lepas siap keje saye kite kua? eh syg?
p : hmm! pegi MATI la dengan keje awak tu! sampai tade mase untuk saye.!
L : yee, lepas selesai keje sy, sy g mati ehh.. (nada begurau)
p : dah lah! tanak cakap dengan awak lagi!jangan berjanji bila awak tak tepati janji!
L : sayang, sorry lah ehh.. i love you too ..
p : tuttt... letak fone.

selesai mengatur majlis, petang tu si lelaki pergi ke rumah buah hatinya.. menunggu di luar pagar rumah memegang sejambak mawar merah untuk menjemput kekasih hatinya keluar..

sebaik sampai di sebuah taman.

p : awak? kenapa bawak saya ke tempat ni? pokok je banyak.
L : (memandang tepat ke dalam mata kekasih hatinya) sy nak luangkan masa bersama awak sebelum saya mati. (sambil tersenyum)
P : (cubit lengan si kekasihnya) ee! awak ni kan! nak tinggalkan saye kan?!
L : mane ade saye nk tinggalkan awak sayang. kalau saye mati hantu saya ada boleh temankan awak setiap hari. (sambil ketawa)
p : ee!kalau hantu awak datang, siap lah! saya karate die! hantu gatal!
L : (hanya ketawa) hahaha..

sedang asyik kekasihnya memainkan guitar menyanyikan untuk teman wanitanya, tiba tiba si lelaki berkata nak pergi ke kereta untuk mengambil barang yang tertinggal.

setelah kembali di belakang kekasihnya, si lelaki memegang sebuah kek di temani rakan rakan lalu di nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk kekasihnya.. si perempuan tergamam dan terkejut! hingga menitiskan airmata sambil meniup lilin pada keknya..

lalu si kekasih gadis tersebut mengajak untuk pergi di sebalik pokok yang sudah pastinya ada sebuah majlis untuknya! dan ramai rakan rakan yang menunggu di majlis tersebut..

hari sudah malam, si jejaka menghantar kekasihnya pulang kerumah..sebaik tiba di hadapan rumah..

L : sayang, harini hari istimewa awak. sy harap awak suka suprise untuk awak tadi :)
p : sayang. you make my day! seriously sy speechless but, thanks alot sayang susahkan diri awak untuk buat semua ni untuk sy..
L : same same syg, haa! keje saye harini untuk buat awak happy dah complete! sy harap, apa yang awak inginkan akan tercapai sayang.. :)
p : ye syg, iloveyou :')
L : i love u too syg, tara!! sy ade present lagi untuk awak! (memberikan sebuah teddy bear yang besar, dan sebentuk cincin berserta kad ucapan)
P : sayang! terimakasih sayang.. (tersenyum sambil memegang pipi kekasihnya)
L : (menyarungkan cincin di jari kekasihnya) haa, cincin ni tanda cinta sy pada awak syg..kad ni saya nak awak baca esok pagi ye sayang :)
P : (mengalirkan airmata) ye sayang,terimakasih.. sy dah tak tahu nak kate ape lagi.. terharu sangat.. terimakasih syg..
L : same same dah dah.. (kesat airmata kekasihnya) bersalam dengan kekasihnya..

dalam perjalanan pulang
tiba tiba kereta si lelaki hilang kawalan, lalu merempun treler dan mati di tempat kemalangan..

teman wanitanya yang mendapat tahu, terkejut! dan meraung sekuat hati apabila mengetahu si lelaki sudah tiada lagi..
lalu di baca kad ucapan yang diberikan kekasihnya malam semalam..

''sayang, selamat ulang tahun! maaf kalau petang tadi sy buat awak marah, sebenarnya kerja yang sy katakan tu, untuk aturkan majlis hari jadi awak.. awak sentiasa ada dalam hati saya. sayang, simpan cincin sy sebagai bukti cinta sy pada awak, i love you baby!''

si teman wanitanya, hanya mampu meraung setelah membaca kad ucapan tersebut apabila dia teringatkan kata katanya pada teman lelakinya..

''KATA KATA YANG KELUAR DARI MULUT ITU ADALAH SEBUAH DOA.
HARGAILAH ORANG YANG SAYANGKAN KITA, JANGANLAH SESEKALI MENGELUARKAN KATA YANG TIDAK ELOK UTUK PASANGAN KITA DAN ORANG YANG KITA SAYANG''

Thursday 12 January 2012

bUatMu t'caYang

0 comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

Ya Allah...
Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu.
Aku datang bersujud dihadapan-Mu
Sucikan hati aku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup aku.
 
Ya Allah...
jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku
dan usirlah dia dari relung hati aku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, ya Allah, 
tolong satukan hati kami.

Ya Allah..
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku 
dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku memang mencintai dan rela membahagi suka dan duka aku dengan dia.

 
Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa aku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu. 
Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buat aku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu
yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. 
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku yang jadi dalam setiap bahagian hidup aku, ya Allah.

Renungan Bersama..♥

0 comments
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
“Laila..” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak?”
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.” “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah..” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.” Ujar Laila perlahan.
“Macam mana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak. “Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila..” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini. ”
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila..
Benarlah, kita hanya tahu hargainya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesu anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Moral: Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada ..

Tuesday 10 January 2012

:: muLaKn hiDup bRu..

2 comments
Semua orang nak bahagia.
Bahagia dari muda sampai tua, hendaknya.

Bila sampai satu tahap kita bahagia sangat-sangat, sampai kita lupa yang setiap bahagia ada duka. Bila hati kita dah remuk jahanam, susah kita nak cari balik bahagia dulu yang kita punya. Kita buat apa pun, rasa serba tak kena. Rasa semuanya 'fake' semata.

Dan tiba-tiba, mulalah kita teringat benda yang tak sepatutnya kita ingat. Dan bila kita ingat dan ingat semuanya semula, mulalah rasa menyesal satu persatu masuk dalam hati dan kepala kita.

Tapi untuk apa rasa menyesal tu?
Tiada gunanya..

Semoga kau tabah, kawan.
Aku doakan.

tHiS oNe foR Y0u

0 comments
Sewaktu Boy dan Girl baru pacaran, 
Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl, 
menggantungkannya di dalam kamar Girl. 
Boy mengatakan 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya. 
Waktu itu... 
Girl dan Boy setiap detik selalu merasakan betapa indahnya cinta mereka  berdua... 
Tetapi pada suatu saat, Girl mulai menjauhi Boy. 

Girl memutuskan untuk menikah dan pergi ke Perancis... 
ke Paris...
Tempat yang dia impikan di dalam mimpinya berkali2 itu... 
Sewaktu Girl mau memutuskan Boy, Girl bilang sama Boy, 
kita harus melihat dunia ini dengan pandangan yang dewasa. 
Menikah bagi cewek adalah kehidupan kedua kalinya. 
Aku harus bisa memegang kesempatan ini dengan baik. 
Kamu terlalu miskin, sungguh aku tidak berani membayangkan 
bagaimana kehidupan kita setelah menikah...!! 
Setelah Girl pergi ke Perancis, 

Boy bekerja keras... 
dia pernah menjual koran... 
menjadi karyawan sementara... 
bisnis kecil... 
setiap pekerjaan kerjakan dengan sangat baik dan tekun. 
Sudah lewat beberapa tahun... 
Karena pertolongan teman dan kerja kerasnya, 
akhirnya dia mempunyai sebuah perusahaan. 
Dia sudah kaya, tetapi hatinya masih tertuju pada Girl, 
dia masih tidak dapat melupakannya. 

Pada suatu hari... waktu hujan, 
Boy dari mobilnya melihat sepasang orang tua berjalan sangat pelan di 
depan. 
Dia mengenali mereka, mereka adalah orang-tua Girl.... 
Dia ingin mereka lihat kalau sekarang dia tidak hanya mempunyai mobil pribadi, 
tetapi juga mempunyai villa dan perusahaan sendiri, 
ingin mereka tahu kalau dia bukan seorang yang miskin lagi, 
dia sekarang adalah seorang Boss. 
Boy mengendarai mobilnya sangat pelan sambil mengikuti sepasang orang-tua tersebut. 
Hujan terus turun tanpa henti, biarpun kedua orang-tua itu memakai payung,  tetapi badan mereka tetap basah karena hujan. 
Sewaktu mereka sampai tempat tujuan, 

Boy tercegang oleh apa yang ada di depan matanya, itu adalah tempat pemakaman. 
Dia melihat di atas papan nisan Girl tersenyum sangat manis 
terhadapnya. 
Di samping makamnya yang kecil, tergantung burung2 kertas yang 
dibuatkan Boy. 
Dalam hujan, burung2 kertas itu terlihat begitu hidup, 
Orang-tua Girl memberitahu Boy, Girl tidak pergi ke Paris, 

Girl terserang cancer, 
Girl pergi ke syurga. 
Girl ingin Boy menjadi orang, 
mempunyai keluarga yang harmonis, 
maka dengan terpaksa berbuat demikian terhadap Boy dulu. 
Girl bilang dia sangat mengerti Boy, 
dia percaya kalau Boy pasti akan berhasil. 
Girl mengatakan... 
kalau pada suatu hari Boy akan datang ke makamnya 
dan berharap dia membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. 

Boy langsung berlutut, berlutut di depan makam Girl, menangis dengan begitu sedihnya. 
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. 
Boy teringat senyum manis Girl yang begitu manis dan polos, 
Mengingat semua itu, 
hatinya mulai meneteskan darah... 
Sewaktu orang-tua itu keluar dari pemakaman, 
mereka melihat kalau Boy sudah membukakan pintu mobil untuk mereka. 
Lagu sedih terdengar dari dalam mobil tersebut. 

"Hatiku tidak pernah menyesal, 
semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas, 
1000 ketulusan hatiku, 
beterbangan di dalam angin 
menginginkan bintang yang lebat besebaran di langit... 
melewati sungai perak, 
apakah aku bisa bertemu denganmu? 
Tidak takut berapapun jauhnya, 
hanya ingin sekarang langsung berlari ke sampingmu. 

Masa lalu seperti asap... 
hilang dan tak kan kembali. 
menambah kerinduan di hatiku... 
Bagaimanapun dicari, 
jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah.."

Monday 9 January 2012

deNgArLaH~

0 comments

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam. CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar. Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya. CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH.. KASIH.. KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya.. ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah.. lembutnya suara KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH.. KASIH.. tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH."

"hmm.. CINTA.. nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH. Tolong ye KASIH. Beri CINTA peluang. Tolong lah fikirkan. Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain. Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.
KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungkin KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara. .

"CINTA, maafkan KASIH. KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA. KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama. Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA. Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita. Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya. GEMBIRA.. kenapa kau menjauh..? 
 

♥ Adeq Ifah Punye Citer ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template