Thursday, 1 March 2012

buatMu SaHaBat*

Sahabat,
·       Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
·       Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
·       Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
·       Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
·       Namun, jika ia ditakdikan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,
·       Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusuh mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada ALLAHU RABBI. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
·       Kerana apa?
·       Kerana harapan adalah masa hadapan.. kerana harapan adalah sumber kekuatan.
·       Kerana apa?
·       Kerana doa adalah pintu kebaikan.. dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

Sahabat,
·       Tenang-tenangkanlah dirimu.
·       Belajar-belajarlah pasrah dan redha atas segala ketentuanNya.
·       Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
·       Dari ALLAH kita dating, dan kepada ALLAH jualah kita kembali.
·       Sabarlah dengan ujian hidupmu.
·       Kerana akhirat itu yang lebih utama.

0 comments:

 

♥ Adeq Ifah Punye Citer ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template