Seandainya lelaki tahu, dalam hati
seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh
kesahnya,
ada waktu2 minta di temani
kesedihannya,
Andainya lelaki tahu rajuk seorang
perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di
dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di
dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di
kongsi,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu
satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai
minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di
saat jauh,
Kerana andai lelaki tahu hati ini
akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar
siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya
sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana
hatinya,
Bukan paras rupa semata2. .
0 comments:
Post a Comment