Tuesday, 14 August 2012

saLam Lebaran




Alhamdulillah…hampir sebulan sudah umat Islam berpuasa, rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadhan.. Bagi yang berjaya puasa dengan penuh kesabaran, tahniah diucapkan… aku?? Xtahu la penuh ke x.. hehehe. Sememangnya puasa mendidik dan mengajar kita erti kesabaran dalam hidup, kerana pada ketika inilah kita merasai keperitan orang yang hidup miskin dan tidak berkemampuan.. jika dihitung satu persatu, fadhilat puasa terlalu besar hikmahnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata malah mampu mengawal nafsu yang mudah beraja dihati kita.

Sempena bulan baik dan hari raya yang bakal menjelma, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat kaum keluarga terdekat+tercinta+tersayang, sanak saudara serta rakan taulan yang mengenali saya disini. Jutaan kemaafan dipinta di atas segala salah silap dan tutur bicara. Semoga Allah merahmati kita semua, Insyaallah.. Amin.





0 comments:

 

♥ Adeq Ifah Punye Citer ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template